Segera bantu 5 beranak dapatkan rumah - Utusan Malaysia

Segera bantu 5 beranak dapatkan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 3 Mei – Lima beranak menghuni bangsal buruk di Bukit Gajah, Jalan Kawasan Industri, di sini sejak setahun lalu yang kisahnya dilaporkan akhbar ini hari ini perlu segera dibantu bagi membolehkan mereka mendiami sebuah rumah yang lebih selesa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, kesempitan hidup dihadapi keluarga itu tidak harus dibiarkan kerana pasangan terbabit mempunyai tiga anak kecil yang masih bersekolah.

Katanya, kesusahan dialami keluarga terbabit dikhuatiri akan menjejaskan pelajaran tiga beradik itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita amat sedih melihat kehidupan lima beranak yang tidak mempunyai kediaman dan tinggal dalam sebuah bangsal buruk kerana tidak mampu tinggal di rumah sewa.

“Kita akan berbincang dengan pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) berhubung langkah yang boleh diambil bagi membantu keluarga itu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika menziarahi keluarga tersebut hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan lima beranak menjadikan sebuah bangsal buruk di Bukit Gajah, Jalan Kawasan Industri sebagai kediaman kerana kemiskinan hidup dialami.

Haida Abdullah, 32, bersama suami, Auseng Ngoh, 35, dan tiga anak terpaksa berteduh di bangsal daif beratap zink bocor, berdinding separuh zink yang ditutup bersama kain serta kanvas dan berlantaikan papan kayu reput sejak setahun lalu.

Mohd. Syahbuddin berkata, beliau difahamkan keluarga terbabit pernah memohon rumah bantuan banjir selepas rumah sewa mereka di Kampung Baru, di sini dihanyutkan banjir besar pada Disember 2014.

Bagaimanapun katanya, permohonan keluarga itu tidak diluluskan dan beliau berharap pihak kerajaan sudi mempertimbangkan semula perkara itu.

“Kita berharap agar pihak kerajaan dapat menempatkan keluarga itu di rumah bantuan Kesedar atau rumah bantuan Maik supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik pada masa depan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini