Diskaun kompaun MPK serendah RM5 - Utusan Malaysia

Diskaun kompaun MPK serendah RM5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) menawarkan kompaun letak kereta serendah RM5 menerusi kempen ‘Grand Discount’ bermula 20 Mei hingga 2 Jun depan.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata, tawaran tersebut bagi kompaun tertunggak pada 2011 sehingga 2015 sahaja.

Katanya, bagi kompaun bermula 2016 hingga tahun ini adalah bermula serendah RM15 hingga RM200 bagi pelbagai kesalahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kadar serendah RM5 ini dapat membantu pelanggan yang tidak berkesempatan untuk menjelaskan kompaun mereka yang terdahulu agar dapat diselesaikan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

“Orang ramai digesa untuk merebut peluang keemasan ini untuk menjelaskan kompaun-kompaun mereka sebelum tempoh tawaran tamat pada 2 Jun tahun ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, kempen selama 14 hari itu bagaimanapun tidak termasuk untuk kompaun yang dikeluarkan di bawah Perenggan 51 (Kesalahan-kesalahan meletak kereta di petak khas), Perenggan 36 (2) (e) (Kesalahan O.K.U) dan Perenggan 36 (1) (a) (Kesalahan tiada seorang pun menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau petak letak kereta).

Mohamad Yasid menambah, bayaran kompaun boleh dibuat di semua kaunter MPK di Ibu Pejabat MPK; Pejabat Cawangan MPK Jalan Tengku Kelana; Pejabat Cawangan MPK Jalan Raya Barat; Kompleks Pasar Besar Jalan Meru;  Perhentian Bas Pelabuhan Klang; Dewan Meru dan Pekan Kapar.

“Selain itu, bayaran juga boleh dilakukan di Mesin i-Kiosk (CDM), Pasaraya Giant Bukit Tinggi, Kaunter Van Bergerak MPK dan di pasaraya terpilih mengikut jadual ditetapkan.

“Bagi memudahkan pelanggan, pembyaran secara dalam talian boleh dilakukan melalui aplikasi JomPAY (Biller code: 84277) dan Smart Parking MPKlang (Android dan Iphone),” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini