KUALA LUMPUR 29 April – Kira-kira sebulan sebelum umat Islam menyambut kedatangan bulan Ramadan yang akan tiba dalam kira-kira seminggu sahaja lagi, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur telah melancarkan preview Bufet Ramadan mereka bertemakan Citarasa Nusantara.
Menurut Chef Eksekutif Royale Chulan, Sabri Soid, tema atau konsep yang serupa telah diperkenalkan sejak tiga tahun lalu dan mendapat sambutan baik dalam kalangan pengunjung.
“Untuk tahun ini, kita menggunakan konsep yang sama iaitu Kepulauan Tanah Melayu yang mana diketengahkan makanan Jawa seperti pecal.
“Di bulan Ramadan nanti, kami juga menyediakan makanan wajib iaitu bubur lambuk. Akan tetapi kelainan sajian bubur lambuk kami terletak pada resepinya itu dari dapur kayu orang lama dicampurkan dengan rencah rempah herba dan daun kadok.
“Kiranya terdapat 12 jenis bubur lambuk yang termasuk dalam 1,001 jenis masakan di sini,” katanya.

Menuruf Chef Sabri, terdapat sajian popular dari utara tanah air iaitu passembur selain daripada hidangan shell out yang menjadi trend masa kini.
“Kita juga ada stall burger untuk mereka yang ingin menikmati makanan ringan Barat. Selain itu, ada 12 balang air beraneka jenis dan terdapat 60 jenis kerau yang menjadi variasi popular bulan puasa di Royale Chulan Kuala Lumpur,” ujarnya.
Bagi mereka yang gemarkan ulam-ulaman, kata Chef Sabri, pihak Food and Beverages (F&B) Ramadan menyediakan 50 jenis ulam-ulaman selaian daripada ‘lawannya’ iaitu sambal belacan, budu, cencalok dan sebagainya.
Pendek kata, ujar Chef Sabri, pasti terbuka selera pengunjung selain daripada pembasah tekak, manisan atau pencuci mulut iaitu cendol durian dan ais kacang.

“Untuk ais kacang, kita ada 150 condiment seperti chocolate rice, M&M atau apa sahaja yang terlintas di kepala untuk condiment ais kacang dan terdapat 12 jenis donut pilihan semua,” katanya.
Bagi masakan utama, kata Chef Sabri, Citarasa Nusantara turut menyelitkan masakan Gulai Ikan Masin Talang dan Kurma Telur.
Kambing Golek, Mi Hoon Sup Utara, Lontong Samudera juga disajikan pada Bufet Ramadan Citarasa Nusantara di Mahsuri Courtyard, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Terdapat juga Nasi Ulam Utara dan Sayur Keladi Asam dan harga seorang dewasa RM150, warga emas, RM100 nett dan kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun, RM75 nett.
“Tempahan awal atau early bird special, bermula pada 2 sehingga 6 Ramadan, harga untuk dewasa RM100, warga emas, RM75 nett dan kanak-kanak, RM50 nett,” katanya. – UTUSAN ONLINE











