Zidane mengamuk Real kalah pada pasukan corot - Utusan Malaysia

Zidane mengamuk Real kalah pada pasukan corot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 29 April – Zinedine Zidane mengamuk selepas dimalukan pasukan yang kembali dibimbingnya, Real Madrid apabila tewas mengejut 0-1 kepada pasukan corot, Rayo Vallecano pada penampilan kelapannya sebagi jurulatih awal hari ini.

Bagaimanapun pengendali yang berasal dari Perancis itu kemudiannya meminta maaf kepada penyokong Real sambil berharap musim bermasalah kelab tersebut berakhir di sini selepas ini.

Kekalahan memalukan Real itu hadir sehari selepas Barcelona mengesahkan status sebagai juara La Liga buat kali keempat dalam tempoh lima tahun ketika aksi musim ini masih berbaki tiga perlawanan lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami tidak melakukan apa-apa langsung hari ini. Macam tidak bermain bola sejak minit pertama hingga akhir. Jadi wajar saya marah kerana ia memberi imej yang buruk. Saya juga bertanggungjawab di atas kekalahan ini. Jadi kami semua kena minta maaf,” kata Zidane. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini