Van Dijk Pemain Terbaik PFA - Utusan Malaysia

Van Dijk Pemain Terbaik PFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 29 April – Bek tengah Liverpool, Virgil van Dijk mengetepikan cabaran sengit bintang Manchester City, Raheem Sterling untuk muncul Pemain Terbaik Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) England, hari ini.

Kapten Belanda itu mengikut jejak rakan sepasukannya, Mohamed Salah yang memenangi anugerah sama sebelum ini.

Sterling, 24, bagaimanapun dinobat sebagai Pemain Muda Terbaik mengatasi rakan sepasukannya, Leroy Sane serta pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Ia adalah penghormatan besar buat seorang pemain dapat memenangi anugerah ini, apatah lagi pemilihan dibuat berdasarkan undian rakan-rakan pemain yang turut beraksi bersama anda setiap minggu.

“Ia cukup istimewa. Saya amat bangga dan berbesar hati menerimanya,” kata Van Dijk.

Van Dijk, 27, adalah pemain pertahanan pertama memenangi anugerah itu sejak kapten Chelsea, John Terry 14 tahun lalu.

Sementara itu, Belanda mendominasi anugerah tertinggi bola sepak England selepas penyerang Arsenal, Vivianne Miedema pula dinobat sebagai Pemain Terbaik Wanita

Anugerah pencapaian istimewa PFA diberikan kepada Manchester City dan kapten bola sepak wanita England, Steph Houghton, 31. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini