Pemaju tutup jalan, penduduk menderita sesak - Utusan Malaysia

Pemaju tutup jalan, penduduk menderita sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA 27 April – Penduduk kampung di Lembah Jaya Utara, Lembah Jaya Selatan dan beberapa kampung di sini mendesak pemaju membuka semula jalan alternatif di Kampung Tengah yang menghubungkan mereka ke Taman Kosas dan Taman Bukit Indah.

Pengerusi Persatuan Muafakat Lembah Jaya Utara, Sulaiman Mohd. Amin berkata, penutupan jalan sejak 18 Mac lalu itu dilaksanakan selepas pemaju memutuskan untuk membangunkan sebuah projek perumahan di kawasan berkenaan.

Katanya, penutupan jalan itu bukan sahaja menyusahkan penduduk malah turut menghalang laluan murid-murid untuk ke beberapa buah di sekitar Taman Kosas dan Bukit Indah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibat penutupan ini, pelajar terpaksa melalui beberapa jalan utama iaitu di Jalan Bukit Belacan, Jalan Ampang dan Jalan Kosas Utama yang lebih jauh untuk ke sekolah.


“Sedangkan di jalan utama itu ada kerja-kerja naik taraf dengan jentera berat yang banyak. Keadaan ini mendatangkan bahaya kepada pelajar khususnya yang menaiki basikal dan motosikal ke sekolah.

“Setiap hari mereka berdepan risiko dilanggar kenderaan besar di jalan utama yang lebih jauh, sempit dan berbahaya,” katanya ketika ditemui dalam himpunan bantahan bersama kira-kira 100 penduduk di sini hari ini.

Sulaiman juga mendakwa, penutupan laluan itu menyebabkan masa perjalanan ke sekolah lebih lama iaitu 40 minit berbanding 20 minit kerana terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas.

“Sekarang ini setiap pagi, laluan utama akan sesak teruk dan kerap kesesakan berlarutan dari jalan besar ke Jalan Bukit Belacan.

“Keadaan ini memaksa pihak sekolah membenarkan para pelajar masuk sekolah selewat-lewatnya pukul8 pagi setiap hari,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini