Beli rumah PNBD di Kota Seriemas, dapat Camry - Utusan Malaysia

Beli rumah PNBD di Kota Seriemas, dapat Camry

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 April – Siapa sangka beli rumah dapat kereta percuma. Itulah ganjaran yang diterima oleh seorang pembeli kediaman di Kota Seriemas Golf & Country Club (KSGCC) di Nilai, Negeri Sembilan.

Pembeli bertuah tersebut ialah Radzween Abdul Razak yang berjaya memenangi sebuah kereta Toyota Camry.

PNB Development Sdn. Berhad (PNBD) dalam kenyataan berkata, seramai 40 pembeli bertuah telah dipilih sebagai pemenang cabutan bertuah dalam Gempak Property Gala 2019 yang akan berlangsung hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas kenyataan itu, pihaknya menawarkan hadiah utama berupa Toyota Camry itu kepada individu yang telah membeli dan menandatangani perjanjian jual beli dari 15 Ogos hingga 30 November 2018.

“Gempak Property Gala 2019 telah masuk tahun keempat penganjurannya sebagai tanda penghargaan syarikat kepada pembeli yang membeli hartanah di Kota Seriemas.

“Tujuan lain program ini adalah mempromosikan perbandaran Kota Seriemas kepada penduduk setempat dan orang awam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas PNBD, hadiah lain yang turut dimenangi para pembeli bertuah dalam Gempak Property Gala 2019 adalah sebuah Perodua Myvi, dua baucar pelancongan untuk dua orang bernilai RM10,000 dan 36 buah basikal.

“Kami turut menyediakan bas kepada pengunjung Gempak Property Gala 2019 yang ingin melihat sendiri keindahan dan kemudahan Kota Seriemas selain menganjurkan pelbagai acara menarik antaranya bual bicara hartanah yang dikendalikan oleh pakar hartanah, Ahyat Ishak dan Akmal Nizam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini