KIB sasar jualan RM10 juta sebulan - Utusan Malaysia

KIB sasar jualan RM10 juta sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 April – Syarikat pembekal detergen dan bahan pencuci yang ditubuhkan pada 2012, Kazaza International Berhad (KIB) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM10 juta sebulan sebagai komitmen untuk tersenarai dalam papan Bursa Malaysia.

Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Kamarul Zaman Zainan berkata, pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai dalam tempoh dua tahun kerana purata jualan bulanan semasa mencecah antara RM500,000 sehingga RM2 juta.

Beliau berkata, sebagai pembekal bahan cucian bagi industri berat seperti sektor automatif, perkapalan, pembinaan dan pembuatan, pihaknya mampu menghasilkan purata pengeluaran minimum 100 tan detergen dalam masa sehari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“KIB sekarang sudah berkembang menjadi salah satu syarikat pelbagai industri di negara ini dan kini kita mempunyai kilang dua tingkat di Semenyih selain lapan cawangan lain seperti di Perlis, Perak, Terengganu, Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Produk kita juga mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna industri dan negara jiran kerana kualiti, harga dan strategi pemasaran produk yang berkesan sehingga kita berjaya mengeksport ke Singapura, Thailand dan Indonesia. Malah, daripada aspek teknologi, produk yang kita hasilkan juga bersifat mesra alam dan mudah terurai,” katanya selepas Majlis Pelancaran Kilang KIB di Semenyih baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Kazaza Singapura, Supian Mustrah dan Ketua Bahagian Global KIB, Muhd. Nasharuddin Ghazali.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, KIB yang sudah tujuh tahun beroperasi telah memperkenalkan satu sistem untuk membantu rakyat negara ini menjana pendapatan sampingan dengan membuat kerja secara sambilan.

“Sistem yang kami tawarkan adalah Smart Branch (SB) dan Kazaza Entrepreneur (KE) kepada usahawan yang berminat menjana pendapatan sampingan sebanyak RM2,500 hingga RM35,000 dan mereka akan menikmati kelebihan seperti pemberian Sijil Pemegang Lesen, sampel produk dan latihan kerjaya,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini