MB, barisan Exco tiba untuk upacara angkat sumpah - Utusan Malaysia

MB, barisan Exco tiba untuk upacara angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 22 April – Menteri Besar, Dr. Sahruddin Jamal tiba di Istana Bukit Serene di sini pukul 8.45 pagi ini untuk menyaksikan upacara mengangkat sumpah barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Johor .

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong itu memasuki pekarangan istana melalui pintu masuk belakang di kawasan berhampiran Tasik Merdeka di sini.

Ini diikuti beberapa Exco terdahulu seperti ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse; ADUN Paloh, Sheikh Umar Ali; ADUN Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad dan ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Upacara angkat sumpah Exco yang baharu sedang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene ketika ini.

Tiga nama baharu bakal mengisi kekosongan jawatan Exco dengan portfolio masing-masing manakala dua nama yang digugurkan ialah ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan ADUN Skudai, Tan Hong Pin. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini