Pemain United memalukan - Neville - Utusan Malaysia

Pemain United memalukan – Neville

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 April – Gary Neville melabelkan pemain Manchester United sebagai memalukan selepas skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu tewas 0-4 kepada Everton di Goodison Park, semalam.

Everton meraih dua jaringan pada separuh masa pertama menerusi jaringan Richarlison dan Gylfi Sigurdsson sebelum Lucas Digne dan Theo Walcott melengkapkan malam gemilang Everton.

Neville yang berang dengan keputusan itu melepaskan kemarahannya ke atas pemain dan bukan Solskjaer yang pergi ke arah penyokong untuk meminta maaf atas keputusan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang saya marah, dia pergi ke arah penyokong untuk minta maaf bagi pihak pemain.

“Jose Mourinho dibenci penyokong dan mahu dia disingkirkan. Mereka tidak akan menyasarkan Ole. Pemain perlu dipertanggungjawabkan dalam isu ini.

“Saya lihat Manchester City bermain Sabtu lalu dan ini adalah pasukan yang United akan bertemu selepas ini.

“Bernardo Silva, David Silva dan Kevin De Bruyne adalah pemain yang jauh lebih baik dan mereka bekerja dua kali ganda lebih banyak daripada pemain United.

“Selepas itu saya melihat Liverpool, seteru tradisi mereka, pemain mereka berjuang bermati-matian di dalam padang untuk mendapatkan gol.

“United, adalah memalukan untuk melihat sesetengah pemain dan memang jelas saya berang dengan mereka.

“Setiap pemain yang tidak memiliki sikap yang baik, lupakan bakat dan potensi, jika mereka tiada kesungguhan untuk berlari dengan menggunakan jersi United, buang sahaja mereka,” kata Neville.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini