Arsenal tentukan peluang sendiri ke Liga Juara-Juara - Utusan Malaysia

Arsenal tentukan peluang sendiri ke Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 April – Unai Emery mengingatkan semua pihak bahawa peluang Arsenal untuk ke saingan Liga Juara-Juara musim hadapan tetap ada walaupun mereka tewas 2-3 kepada Crystal Palace dalam saingan Liga Perdana Inggeris, semalam.

Arsenal tewas di laman sendiri buat kali pertama sejak Ogos lalu dengan bahagian pertahanan menjadi punca kepada kekalahan itu.

Mesut Ozil berjaya menyamakan kedudukan selepas jaringan awal Christian Benteke namun Palace meledak dua lagi jaringan dalam tempoh lapan minit pada separuh masa kedua sebelum Pierre-Emerick Aubameyang meraih gol saguhati.

Memuatkan artikel berkaitan…

The Gunners akan menduduki tangga ketiga sekiranya menang perlawanan itu dengan kelebihan dua mata mengatasi Tottenham tetapi Emery tetap yakin mereka masih mampu layak ke saingan elit Eropah musim hadapan.

“Sangat mengecewakan kerana ini adalah peluang yang sangat besar.

“Sasaran kami ialah Liga Juara-Juara sama ada menerusi Liga Perdana Inggeris atau Liga Europa. Memang kami kehilangan peluang besar tetapi matlamat kami tetap sama.

“Kami akan tentukan masa depan kami, kami akan cipta kemenangan dan berada dalam kelompok empat teratas,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini