Foden sangat istimewa di mata Guardiola - Utusan Malaysia

Foden sangat istimewa di mata Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 April – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola percaya bahawa Phil Foden adalah pemain istimewa dan memiliki sesuatu yang sukar untuk ditemui dalam kalangan pemain.

Foden memberikan impak besar dalam penampilan keduanya dalam kesebelesan utama saingan Liga Perdana Inggeris dengan menjaringkan gol kemenangan pasukan itu ketika menundukkan Tottenham 1-0 di Stadium Etihad, Sabtu lalu.

Pemain berusia 18 tahun itu merupakan antara pemain yang membantu England menjuarai Piala Dunia bawah 17 tahun pada 2017 dan kini menjadi sebahagian daripada watak penting dalam skuad Guardiola.

Memuatkan artikel berkaitan…

Foden sudah melakukan 25 penampilan dalam semua pertandingan musim ini berbanding 10 penampilan musim lalu dan kecederaan yang menimpa Kevin de Bruyne ketika menentang Spurs mencerahkan peluangnya untuk beraksi.

Guardiola sebelum ini mengendalikan beberapa pemain tengah moden berkelas dunia termasuk Xavi, Andres Iniesta di Barcelona dan Toni Kroos, Bastian Schweinsteiger serta Xabi Alonso di Bayern Munich.

Ketika ditanya sama ada terdapat pemain seperti Foden di Barcelona, Guardiola menjawab: “Tiada. Dia sangat istimewa.

“Musim hadapan dia perlu bersaing dengan Fernandinho, David (Silva), Kevin dan (Ilkay) Gundogan.

“Dia perlu berlari dan terus berlari untuk meyakinkan saya bahawa dia boleh bermain tetapi saya percayakan dia. Memang saya percayakan dia,” kata Guardiola.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini