United jadi bahan jenaka Klopp - Utusan Malaysia

United jadi bahan jenaka Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 April – Jurgen Klopp berjenaka ke atas Manchester United dengan menyatakan mereka tidak mampu untuk mempengaruhi perlawanan derby di antara pasukan itu dengan Manchester City terutama selepas tewas 0-4 kepada Everton.

Skuad kendalian Klopp, Liverpool kini berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris, dua mata mengatasi CIty yang berkelebihan satu perlawanan.

Ramai melihat Old Trafford sebagai halangan terakhir City untuk mempertahankan kejuaraan selepas mereka menundukkan Tottenham 1-0 di laman sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

United akan berdepan City pada pertengahan minggu ini selepas dimalukan Everton dengan kekalahan keenam dalam lapan perlawanan terakhir.

Ketika ditanya mengenai kepentingan perlawanan derby itu, Klopp berseloroh ke atas pasukan United.

“Perlawanan ini bukan sesuatu yang boleh kami pengaruhi dan United juga tidak memiliki kekuatan ketika ini.

“Apa keputusan hari ini? 3-0, 4-0 kepada Everton?” katanya.

Pengendali Jerman itu turut mengingatkan pasukannya untuk terus berikan fokus kepada setiap perlawanan.

“Derby adalah perlawanan biasa, perlawanan yang City perlu main.

“Kami juga perlu melalui perlawanan itu dan jika hari baik, United mungkin akan meraih keputusan seri tanpa jaringan.

“Kita lihat apa hasilnya nanti, kami tidak boleh mempengaruhi perlawanan itu tetapi kami perlu bermain selepas perlawanan itu,” kata Klopp.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini