Warga emas maut kereta terbabas masuk gaung - Utusan Malaysia

Warga emas maut kereta terbabas masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH – Seorang warga emas maut selepas kereta dinaiki enam sekeluarga tebabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di Batu 25, Jalan Tapah-Cameron lewat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang, mangsa, Awang Kechik Dollah, 75, dari Kampung Manik Urai Lama, Kulau Krai, Kelantan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari tempat duduk penumpang hadapan kereta jenis Perodua Myvi itu. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki mangsa bersama lima lagi ahli keluarga itu sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Cameron Highlands. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba di tempat kejadian, kereta tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam 500 meter. 

“Mangsa telah tercampak keluar dari kereta dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi. 

Tambah Wan Azharuddin, mayat mangsa dan lima ahli keluarganya yang cedera berjaya dibawa keluar oleh pihak bomba. 

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk proses bedah siasat manakala pemandu lelaki berusia 32 tahun yang merupakan menantu mangsa dan empat ahli keluarga menerima rawatan pesakit luar di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini