Liverpool belum boleh rasa selesa - Utusan Malaysia

Liverpool belum boleh rasa selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jur­gen Klopp menegaskan, misi pa-sukannya belum selesai meskipun telah mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas FC Porto dalam aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara di Anfield awal pagi semalam.

Dalam aksi tersebut, Naby Keita hanya memerlukan tempoh lima minit untuk membuka tirai jaringan sebelum sentuhan daripada Roberto Firmino pada minit ke-26 perlawanan melengkapkan kemenangan The Reds ketika menyambut kunjungan skuad kendalian Sergio Conceicao.

Bagaimanapun, Klopp menyedari anak buahnya bakal diberikan tentangan hebat dalam aksi 90 minit berikutnya di Sta-dium Dragao Rabu depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya melihat pada babak kedua kami berdepan sedikit masalah kerana pemain hanya melakukan satu atau dua sahaja serangan balas pantas kemudian terpaksa mengawal semula perlawanan.

“Liverpool masih berupaya bermain dengan baik dalam kawasan kotak penalti tetapi serangan balas pantas daripada bahagian pertahanan lawan menyebabkan kami perlu bekerja lebih keras sekali gus The Reds kelihatan sedikit hilang rentak.

“Meskipun 2-0 memihak kepada kami, namun segalanya masih belum berakhir kerana masih ada 90 minit berikutnya di tempat lawan.

“Saya percaya Porto akan bermain secara bermati-matian dan pastinya ia bakal memberikan cabaran yang sengit kepada kami,” kata Klopp. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini