KAHERAH 9 April- Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam kejadian pengeboman berani mati yang berlaku di utara Sinai, di sini hari ini.
Perkara itu disahkan Kementerian Dalam Negeri Mesir dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.
“Tujuh mati manakala 26 lagi cedera selepas seorang remaja berusia15 tahun meletupkan diri di hadapan balai polis Sheikh Zuweid,” katanya.-AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











