40 pelajar sertai program motivasi Life After Baligh - Utusan Malaysia

40 pelajar sertai program motivasi Life After Baligh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOTIVASI. Seramai 40 pelajar tahun enam dari 15 buah sekolah rendah sekitar Kuala Lumpur menyertai program Motivasi Life After Baligh selama tiga hari di Eagle Ranch Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Penyelarasnya, Nor Iz Hayza Mohd. Zam berkata, program tersebut dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar terlibat tentang perubahan semasa usia remaja serta peranan dan tanggungjawab setelah remaja.

“Pelajar yang dipilih dalam kalangan peserta kelas tuisyen DBKL itu juga diberi motivasi dan teknik belajar yang efisien dan seronok serta dibekalkan tips sebagai seorang pemimpin yang berani berkomunikasi di khalayak ramai,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini