Culey pamer henjutan juara - Utusan Malaysia

Culey pamer henjutan juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN 6 April – Pasukan benua dari Malaysia, Sapura Cycling Team (TSC) membuat kejutan apabila pelumba mereka, Marcus Culey menjuarai peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2019 dari Kuala Lumpur ke Tampin hari ini.

Pelumba yang berasal dari Australia itu yang tiba secara solo ke garisan penamat de­ngan meninggalkan kelompok besar kira-kira 50 meter di belakangnya, mencatat masa 4jam:20minit:40saat.

Tempat kedua milik pelumba Floyd Pro Cycling, Travis McCabe dan ketiga, Clint Hendricks dari pasukan Protouch.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak jangka mampu menang peringkat pertama ini kerana hanya memberi fokus kepada rentak kayuhan sendiri sahaja.

“Ketika 25 kilometer terakhir, saya meningkatkan kelajuan kayuhan dan tidak menduga dapat menjarakkan diri dan seterus muncul juara,” katanya.

Kejayaan Culey itu memboleh­kannya menyarung jersi kuning sebagai pendahulu keseluruhan selain membantu Sapura muncul pasukan terbaik keseluruhan selepas berakhir peringkat pertama.

Culey kini berada sembilan saat di depan pelumba Oliver’s Real Food, Brendon David.

Esok peringkat kedua dari Senawang ke Melaka sejauh 206km akan diteruskan dengan Culey pasti akan menjadi tum­puan pencabar lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini