Bapa borek, anak rintik - Utusan Malaysia

Bapa borek, anak rintik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – Datuk Lee Chong Wei yang masih berehat daripada sebarang pertandingan atas faktor kesihatan memanfaatkan masa terluang untuk bersama keluarga.

Hantaran yang dimuat naik jaguh

badminton negara itu dalam media sosial hari ini mencuri perhatian peminat apabila dia berkongsi keterujaan melihat anak sulungnya, Kingston, 6, cemerlang dalam sukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sangat bangga dengan anak saya, Kingston.

“Dia cemerlang pada hari sukan di tadikanya hari ini dan memenangi dua pingat emas untuk acara larian serta berbasikal.

“Ia mengingatkan saya kepada zaman kanak-kanak…dejavu,” tulis Chong Wei dalam Facebook.

Coretan pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat, yang rata-rata berkata, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Chong Wei, 37, berkahwin dengan ratu badminton negara, Wong Mew Choo pada November 2012 selepas 11 tahun bercinta.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki, Kingston dan Terrance, 4.

Chong Wei sudah lapan bulan berehat daripada badminton selepas mendapatkan rawatan kanser hidung di Taiwan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini