SEREMBAN – Sebanyak lapan borang pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau telah dijual menjelang hari penamaan calon, esok.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berkata, daripada jumlah tersebut, wakil daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), masing-masing membeli satu set borang pencalonan manakala baki enam lagi dibeli individu lain.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan PRK DUN Rantau di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Bandar Sri Sendayan di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya berpuas hati dari segi persiapan, logistik dan keselamatan di pusat penamaan calon di sekolah tersebut.
Katanya, pihaknya menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK DUN Rantau pada 13 April ini sebanyak 70 peratus. – Bernama











