MED sasar lebih banyak PKS sertai PROTEGE - Utusan Malaysia

MED sasar lebih banyak PKS sertai PROTEGE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) menyasarkan lebih banyak penyertaan daripada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menyertai program PROTG yang dahulu dikenali sebagai Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

Ketua Setiausaha MED, Datuk Wan Suraya Mohd. Radzi berkata, penyertaan itu bagi mengisi kekosongan dan keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh PKS serta memberi manfaat kebolehpasaran kepada peserta PROTG.

“Mungkin jumlah PKS yang menyertai tidak sebanyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tetapi yang penting semua pihak bekerjasama dalam membangunkan industri tempatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup PROTG bersama Duopharma Biotech Berhad baru-baru ini.

Beliau berkata, sehingga Mac ini, sebanyak 2,300 pelatih terlibat dalam program PROTG itu dan menyasarkan jumlah keseluruhan penyertaan daripada GLC sebanyak 9,000 peserta.

Beliau berkata, PROTG kini turut diperluaskan kepada lepasan sekolah dan diploma bagi meningkatkan kemahiran, pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×