Bazar Ramadan Jalan Raja lebih selesa, teratur - Utusan Malaysia

Bazar Ramadan Jalan Raja lebih selesa, teratur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac – Kementerian Wilayah Persekutuan memberi jaminan bazar Ramadan di Lorong Tuanku Abdul Rahman yang bakal dipindahkan ke Jalan Raja di sini dijangka lebih selesa, teratur dan terurus serta diuruskan sepenuhnya oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

DR. SHAHRUDDIN MD. SALLEH
SHAHRUDDIN MD. SALLEH 

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh memberitahu lokasi asal di Lorong Tuanku Abdul Rahman tidak lagi sesuai kerana pihak DBKL telah menerima bantahan dan aduan daripada pemilik-pemilik premis di kawasan tersebut.

Katanya, selain itu terdapat beberapa isu lain yang dibangkitkan oleh pemilik premis seperti mengganggu laluan masuk premis, kesesakan lalu lintas dan isu kebersihan kawasan persekitaran dengan longgokan sampah-sarap ekoran peningkatan jumlah pengunjung ke kawasan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kementerian Wilayah Persekutuan melalui DBKL tidak menutup aktiviti Bazar Rakyat merangkumi bazar Ramadan atau bazar Deepavali yang sering menjadi tumpuan orang Melayu dan India ketika musim perayaan di Lorong Tuanku Abdul Rahman sebaliknya akan dipindahkan ke Jalan Raja berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka.

“Lokasi baharu ini dijangka lebih selesa, teratur dan terurus serta akan dianjur dan diuruskan sepenuhnya oleh pihak DBKL,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang meminta Kementerian Wilayah Persekutuan menyatakan sebab penutupan Bazar Rakyat di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sering menjadi tumpuan orang Melayu dan India ketika musim perayaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini