Pochettino hampir menangis di White Hart Lane - Utusan Malaysia

Pochettino hampir menangis di White Hart Lane

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 25 Mac – Mauricio Pochettino mendedahkan bahawa dia ‘hampir menangis’ selepas menyaksikan pembukaan stadium Tottenham yang baharu selepas sekian lama menunggu.

Spurs dijadualkan berpindah ke White Hart Lane yang dibangunkan semula, Ogos lalu namun projek berkenaan sudah beberapa kali tertangguh.

Akhirnya, stadium itu dibuka semula, semalam dan ia menyaksikan perlawanan pertama di antara pasukan bawah 18 tahun Spurs menentang Southampton.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pochettino merasakan pengerusi kelab, Daniel Levy wajar diberikan pujian kerana sentiasa memberi desakan untuk projek itu segera disiapkan.

“Sukar digambarkan, sukar dijelaskan dengan menggunakan ayat. Kami sangat teruja.

“Perasaan saya sama seperti hari terakhir kami meninggalkan White Hart Lane. Kami menangis dan hari ini adalah hari pertama, kami berada di stadium yang sama. Kami hampir menangis.

“Impian kami menjadi kenyataan dan paling penting kami ingin ucapkan terima kasih kepada Daniel Levy kerana pada 2001 ketika kami mula mempercayai impian itu dan dia merealisasikannya hari ini,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini