Siasat segera pencemaran Sungai Ulu Benut, Sungai Machap - Sultan Johor - Utusan Malaysia

Siasat segera pencemaran Sungai Ulu Benut, Sungai Machap – Sultan Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu pihak herkuasa segera menyiasat pencemaran yang berlaku di Sungai Ulu Benut dan Sungai Machap dekat Simpang Renggam dekat sini.

Melalui laman sosial rasmi baginda, bertitah, pencemaran yang berlaku di dua batang sungai terbabit menyebabkan berlaku kematian hidupan sungai.

Baginda juga bertitah agar siasatan secara menyeluruh perlu dijalankan bagi mengelakkan kejadian yang berlaku di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang berulang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Laporan berhubung pencemaran itu (Sungai Benut dan Sungai Machap) perlu dikemukakan segera. Sesiapa sahaja terlibat perlu bertanggungjawab kerana melakukan pencemaran terhadap sungai-sungai

“Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” titah baginda. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini