Portugal terlepas kutip mata penuh - Utusan Malaysia

Portugal terlepas kutip mata penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON – Ketua Jurulatih Portugal, Fernando Santos percaya, keputusan seri 0-0 yang dilakarkan pada aksi kelayakan Euro 2020 ketika berdepan Ukraine akan memberi kekuatan kepada mereka untuk meraih kemenangan pertama pada aksi seterusnya.

Pasukan yang diketuai oleh Cristiano Ronaldo itu bakal menerima kunjungan Serbia di venue sama awal pagi Selasa.

“Selepas mencatatkan keputusan seri, kami perlu berusaha untuk meraih kemenangan pada aksi kedua Isnin ini. Kami beraksi dengan baik, tetapi tidak meraih kemenangan walaupun banyak percubaan dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya percaya keputusan ini tidak akan menjejaskan fokus para pemain, sebaliknya akan memberi lebih kekuatan untuk berhadapan Serbia. Buat masa ini, kami memberi rehat kepada pemain agar mereka cergas sepenuhnya untuk melaksanakan misi wajib menang ke atas Serbia.

“Secara keseluruhannya, saya tidak boleh menyalahkan para pemain kerana mereka sudah mencuba. Hanya nasib tidak menyebelahi kami,” kata­nya.

Portugal yang diundi dalam kumpulan B menduduki tangga kedua menerusi satu mata, manakala Luxembourg berada di kedudukan pertama dengan tiga mata.

Dalam pada itu, Santos percaya keputusannya untuk menggunakan khidmat beberapa pemain muda bukan punca sebenar mereka gagal meledakkan sebarang gol.

“Kami adalah pasukan yang mengawal permainan ini. Saya fikir keputusan yang dilakarkan tidak adil,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini