Maut dilanggar pesawat: Polis rakam cakap saksi - Utusan Malaysia

Maut dilanggar pesawat: Polis rakam cakap saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Po­lis akan merakam ketera­ngan saksi kejadian pesawat persendirian yang merempuh kenderaan kakitangan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) sehingga me­ngakibatkan kematian pemandunya, dua hari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Se­nior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, saksi yang akan dipanggil untuk proses rakaman percakapan termasuk kakitangan di lapangan terbang tersebut, orang awam dan juga pekerja menara kawalan.

“Kertas siasatan sudah di­buka mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan ke­rana menyebabkan kematian tanpa niat. Selepas ini kita akan teruskan dengan rakaman percakapan saksi-saksi terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Buat masa ini, kita belum boleh membuat sebarang kesimpulan atau ke­nyataan lanjut kerana siasatan baru dimulakan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Dua hari lalu, media melaporkan seorang lelaki ce­dera parah selepas kereta unit kejuruteraan lapangan terbang yang dipandunya dirempuh sebuah pesawat persendirian pada pukul 3.20 pagi di LTSAS Subang.

Mangsa, Mohd Ruzaimi Iskandar, 39, yang parah ke­mudian disahkan me­ninggal dunia pada pukul 6.45 petang semalam ketika menjalani rawatan intensif di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan dibawa pulang ke untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Changkat Belingkor, Batu Gajah, Perak hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini