Kereta terbang buluh idea Anifah kurang cerdik - Utusan Malaysia

Kereta terbang buluh idea Anifah kurang cerdik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Cadangan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman supaya membawa idea kereta terbang ke Sabah dan Sarawak serta menggunakan bahan asas daripada buluh disifatkan sebagai kurang cerdik.

Demikian penegasan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof yang turut mahukan Anifah supaya bersikap rasional dan lebih praktikal mengutarakan pandangan terhadap projek kereta terbang yang dicetuskan Ahli Parlimen Alor Gajah itu.

Namun begitu, Mohd. Redzuan juga tidak terus menolak malah bersikap terbuka sekiranya terdapat kajian menga­takan buluh boleh digunakan untuk membuat kereta terbang tetapi menegaskan bidang aeroangkasa ketika ini sebenarnya melibatkan bahan berteknologi tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tahu bidang aero­angkasa kini bukannya cerita pasal buluh. Orang yang kurang pengetahuan, penga­laman dan tak memahami kemajuan teknologi memang akan memperlekeh (projek ini). Itu semua kurang cerdik. Saya tak mahu bersikap apologetik.

“Kita kena lebih pandai dan kreatif. Takkanlah orang lain dah cerita pasal bahan teknologi tinggi, kita cerita pasal buluh. Takkanlah kita mahu menjadi lebih efisien tetapi keluarkan idea zaman kuno. Itu bukan pendekatan kita,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Maj­lis Apresiasi Kementeri­an Pembangunan Usahawan 2019, di sini hari ini.

Anifah ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat semalam mencadang­kan supaya membawa idea kereta terbang untuk kegunaan rakyat di Sabah dan Sarawak berikutan tahap kualiti jalan raya di kedua-dua negeri itu masih tidak memu­askan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini