Anwar masih relevan sebagai Presiden PKR - Utusan Malaysia

Anwar masih relevan sebagai Presiden PKR

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden PKR masih relevan dan diterima oleh majoriti ahli parti itu secara konsensus.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, kedudukan Anwar yang dikatakan tidak relevan oleh sesetengah parti adalah berbeza antara parti dan politik.

Katanya, Anwar diyakini tidak mempunyai masalah untuk terus mengepalai PKR dan ia keputusan yang tidak harus dipertikaikan.

“Untuk makluman yang kita tahu, tiada seorang pun yang mengesahkan diri akan bertanding melawan Datuk Seri Anwar untuk jawatan Presiden.

“Ia tiada pertikaian, majoriti anggota PKR terima Datuk Seri Anwar sebagai pemimpin utama menduduki kerusi Presiden, itu adalah satu konsensus yang diterima majoriti anggota parti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam parti katanya, sudah tentu Anwar mempunyai kredibiliti, mampu untuk ‘command’ kepimpinan dalam parti.

Namun, dalam masa yang sama, Tian Chua turut menjelaskan, sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin mencabar Anwar, mereka mempunyai banyak cara dan bukan sekadar melalui pemilihan semata-mata.

“Tidak semestinya jawatan dalam pemilihan untuk jawatan Presiden, sebab ada kepastian boleh menangkah? Sebab itu orang takkan cabar beliau (Anwar). Saya agak kita kena lihat dalam perspektif dengan isu lain,” katanya.

Tian Chua dalam masa yang sama turut memaklumkan yang beliau hanya akan bertanding di peringkat cabang Batu sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan mengulangi pendiriannya untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan kali ini.

“Saya akan pertahankan jawatan dalam peringkat cabang sebab saya nak fokus dalam persiapan PRU yang akan berlaku dalam masa terdekat. Saya tidak bertanding jawatan Timbalan atau Naib Presiden. Saya yakin akan pergi ke Parlimen Batu nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×