LONDON: Twitter Inc. akan menguji `butang edit’ pada ciapan, membabitkan ahli Twitter Blue terpilih dalam beberapa bulan akan datang.
Dalam ciapannya, platform media sosial itu yang telah mengusahakan ciri tersebut sejak tahun lalu memberitahu, ia bagaimanapun tidak mendapat idea untuk mewujudkan butang tersebut berdasarkan tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Elon Musk.
Lapor Reuters, tinjauan pendapat itu diadakan selepas Musk, pemegang saham terbesar Twitter, bertanya kepada pengguna platform rangkaian sosial itu jika mereka mahukan ciri berkenaan.
Musk yang mempunyai 9.2 peratus kepentingan dalam platform media sosial itu, telah memulakan tinjauan pendapat mengenai ciri yang telah lama ditunggu-tunggu oleh syarikat itu.
Pengasas bersama Tesla itu telah membeli kepentingan berkenaan membabitkan pelaburan berjumlah AS$2.9 bilion (RM12.22 bilion), sekali gus menjadi pemegang saham terbesar Twitter, lapor Reuters.
Dalam pada itu, Ketua Eksekutifnya, Parag Agrawal, menggesa pengguna untuk “mengundi dengan berhati-hati.”
Pada 1 April lalu, platform media sosial itu berkata, ia sedang mengusahakan `butang edit’, menarik ketawa dan air mata pada mesej sempena Hari April Fools.
Menurut laporan, ahli Twitter Blue mendapat akses eksklusif kepada ciri premium dan penyesuaian aplikasi untuk langganan bulanan. – AGENSI











