Najihah mahu jadi sumber inspirasi muslimah

Najihah mahu jadi sumber inspirasi muslimah

muslimah
Hazira mahu melihat lebih ramai wanita menutup aurat dengan sempurna.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hazira Tun Najihah Mohd. Akashah, 23, atau lebih mesra dengan gelaran Najihah, memanfaatkan media sosial sebagai salah satu cara untuk berkongsi amalan dan tips sesuai untuk diikuti muslimah.
Ibu anak satu ini turut menggunakan Instagram Najihahkasya sebagai tempat memperagakan koleksi tudung dan busana.

Ceritakan mengenai diri anda?

Saya peramah dan senang masuk dengan semua orang. Saya tidak suka menilai orang lain dan cepat belajar.

Sejak bila berkongsi di media sosial? Kenapa?

Sudah lama saya berkongsi mengenai diri tetapi dahulu saya lebih suka berkongsi di Facebook. Sekarang ini saya suka berkongsi di Instagram. Pada asalnya hanya suka-suka dan santai-santai tetapi tidak sangka orang suka dengan penampilan saya dan menjadikannya sebagai inspirasi wanita muslimah lain.

Identiti diri dan anda mahu dikenali sebagai apa?

Saya tidak kisah dikenali sebagai apa pun, tetapi saya dapati orang lebih suka melihat saya sebagai muslimah public figure.

Bagaimana peranan boleh dimainkan instafamous dalam menyemarak semangat keluarga Malaysia?

Apa yang boleh saya lakukan adalah cuba untuk menjadi contoh muslimah yang baik dengan melaksanakan apa disyariatkan. Perkongisan saya mengenai mengenai tips kehidupan yang sakinah juga boleh membantu wanita lain mendapat ilmu seterusnya dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

Pengalaman tidak dapat dilupakan sejak mulai terkenal?

Tidak ada pengalaman yang spesifik. Tetapi secara keseluruhan saya dapat mengenali lebih ramai lagi pendakwah dan orang hebat di dalam platform media sosial.

Adakah sebarang panduan untuk menambah jumlah pengikut?

Cara saya menambah jumlah pengikut adalah dengan banyak berkongsi ilmu dan melayan setiap soalan peminat dengan baik. Saya turut berkongsi ilmu berkenaan dengan fesyen muslimah dan juga hukum-hakam.

Harapan masa depan anda?

Saya mahu melihat lebih ramai wanita menutup aurat dengan sempurna dan sentiasa berfikiran positif terhadap orang lain.

Idola hidup anda?

Saidatina Aisyah. Saya mahu menjadi sehebat dan sepintar Saidatina Aisyah selain menjadi seperti Mariam yang rajin beribadat kepada Allah.

Instafamous membantu pembangunan masyarakat? Bagaimana caranya?

Saya sangat setuju. Sebabnya, pada zaman sekarang ini masyarakat lebih tertumpu kepada media sosial. Boleh dikatakan 80 peratus gaya hidup hari ini adalah berdasarkan apa yang dilihat di media sosial. Sekiranya public figure itu sentiasa memberikan contoh yang baik dan positif, pengikut mereka juga akan turut terpengaruh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN