Polisi perpindahan pemain beri kesan besar - Utusan Malaysia

Polisi perpindahan pemain beri kesan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – David Moyes percaya polisi perpindahan pemain yang diamalkan menjadi punca Manchester United gagal berada dalam kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris.

Ole Gunnar Solskjaer sedang melakukan persiapan untuk memulakan musim baharu di Old Trafford dengan sasaran meraih kejuaraan selepas menamatkan musim lalu di kedudukan keenam, sekali gus terlepas aksi kelayakan Liga Juara-Juara.

Pengendali sebelum ini, Louis van Gaal dan Jose Mourinho berbelanja sejumlah 620 juta pound (RM3.15 bilion) bagi mendapatkan pemain baharu termasuk Paul Pogba bernilai 89 juta pound (RM453.45 juta).

Memuatkan artikel berkaitan…

Moyes yang dipecat lima tahun lalu selepas 10 bulan menggantikan Sir Alex Ferguson merasakan pasukan itu berdepan tekanan kerana tidak mengikut cara United yang sebenar.

“Buat masa sekarang, kita semua tidak tahu apa hala tuju sebenar United.

“Sama ada mereka mendapatkan pemain untuk tujuan pemasaran yang dilihat sangat baik atau mencari pemain untuk beraksi di atas padang. Saya sendiri tidak pasti.

“Manchester United ada nilai yang hebat dan berada dalam kelas tersendiri.

“Nilai sebenar mereka adalah mereka tidak kerap membeli pemain mahal untuk melaksanakan tanggungjawab bersama pasukan sebaliknya membawa masuk pemain terbaik yang dihasilkan akademi mereka.

“Memang ada pemain yang bernilai besar di bawa masuk seperti Eric Cantona dan Robin van Persie yang jelas membawa kelainan kepada pasukan.

“Saya tidak pernah terfikir mereka adalah sebuah kelab yang mahu kerap berbelanja tetapi jika perlu, mereka boleh lakukan,” kata Moyes.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini