KUALA LUMPUR 29 Julai – Sebanyak 40 pasukan bersaing dalam Kejohanan Futsal Piala YDP Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang berlangsung di MIEL Futsal Batang Kali, baru-baru ini.
Yang dipertua MDHS, Shukri Mohamad Hamin berkata, kejohanan tersebut merupakan kali pertama dianjurkan oleh pihaknya dan akan dijadikan acara tahunan khusus untuk belia Hulu Selangor.
“Kumpulan ZM FT dari Ulu Yam muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000. Pasukan di tempat kedua dan ketiga masing-masing pulang dengan hadiah wang tunai RM700 dan Rm500.
“Saya berharap dengan adanya aktiviti yang bermanfaat ini, kita dapat memastikan golongan muda melakukan aktiviti berfaedah selain mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











