KUALA LUMPUR 29 Julai – Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) akan menganjurkan Pesta Morib Udara, Laut dan Darat di Pantai Morib pada 14 hingga 16 September ini.
–
MDKL dalam satu kenyataan memberitahu, pesta yang diadakan selama tiga hari itu akan diisi dengan pelbagai program menarik untuk pengunjung.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Antara program yang disediakan adalah Morib Fun Run, pameran motor klasik, gerai jualan, bola sepak pantai, sukaneka rakyat, persembahan tarian tradisional dan sebagainya.
“Untuk sebarang maklumat, orang ramai boleh hubungi urus setia program di talian 03-31803694,” kata kenyataan itu di sini- UTUSAN ONLINE











