LONDON – Pengurus Arsenal, Unai Emery percaya pemain sayap Lille, Nicolas Pepe mampu memberi impak terhadap pasukannya apabila berminat untuk membawanya masuk menyertai skuad The Gunners.
Emery mengesahkan mereka masih berusaha keras bagi melengkapkan perpindahan pemain tersebut yang bernilai 72 juta pound (RM366 juta) selepas mengadakan rundingan pada minggu lalu.
Sehingga kini, Arsenal sudah pun mendapatkan penyerang Gabriel Martinelli, pertahanan, William Saliba dan Dani Ceballos yang menyertai Arsenal secara pinjamann untuk jangka masa panjang dari Real Madrid.
Bagaimanapun, Emery menegaskan Arsenal perlu mencari pemain tambahan untuk memperkuatkan pasukan mereka.
“Kami sedang bekerjasama dengan kelab tersebut dan berfikir macam mana kami boleh memperbaiki pasukan.
“Pepe pemain yang bagus dan beranggapan dia boleh memberi kesan kepada skuad ini. Kami sudah pun mengadakan rundingan sejak minggu lalu dan diharapkan sebelum liga bermula kami dapat melengkapkan pemain terbaik untuk skuad kami,” kata Emery. – AGENSI











