SETIAP tahun, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menetapkan tarikh permulaan kumpulan jemaah haji Malaysia berangkat ke tanah suci adalah pada 1 Zulkaedah. Manakala kumpulan terakhir adalah beberapa hari sebelum wukuf pada 9 Zulhijah.
Sehubungan itu, sekarang ini adalah musim sibuk bagi Tabung Haji untuk menguruskan para tetamu Allah itu.
Secara umumnya, setiap hari terdapat sekurang-kurangnya tiga penerbangan dari beberapa lapangan terbang antarabangsa di tanah air menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Madinah atau Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.
Bagi jemaah haji, mereka digalakkan agar membaca surah al-Hajj, bertadabbur dan beramal dengannya. Ini kerana dalam al-Quran terdapat satu surah yang diberi nama khas berkaitan haji.
Surah al-Hajj adalah surah yang ke-22 daripada 114 surah dalam al-Quran. Ia mengandungi 78 ayat, 1,279 kalimah dan 5,196 huruf.
Penulis mencadangkan agar masyarakat Melayu yang mengadakan kenduri memohon keselamatan kepada jemaah haji sebelum berangkat ke tanah suci supaya membaca ayat ke 24 hingga 37 surah al-Hajj.
Antara keistimewaan surah ini ialah terdapat dua tempat sujud Sajadah iaitu pada ayat ke 18 dan ke 77.
Musim haji
مَوسِمُ الحَجِّ
1
Tahun 1440 Hijri
عَامُ أَلْفٍ وَأَرْبَعِمِائَةٍ وَأَرْبَعِينَ الـهِجْرِيِّ
2
Kumpulan awal
النَّفَرُ الأَوَّلُ
3
Kumpulan pertengahan
النَّفَرُ الـمُتَوَسِطُّ
4
Kumpulan akhir
النَّفَرُ الأَخِيرُ
5
Jemaah haji Malaysia
جَمَاعُةُ الحُجَّاجِ الـمَالِيزِيينَ
6
Haji mabrur
الحَجُّ الـمَبْرُورُ
7
الـمُحَادَثَةُ فِي يَومِ الإِثْنَينِ
ا
مَتَى سَافَرَ الحُجَّاجُ الـمَالِيزِيُّونَ إِلَى مَكَّةَ الـمُكَرَّمَةِ يَا أَخِي أَحْمَدُ مُبَارَكُ؟
L
ابْتِدًاءً مِنَ فَاتِحِ ذِي القَعْدَةِ يَا أُخْتِي نـُهَى .
P
كَمْ مُدَّةً فِي هُنَاكَ؟
L
مِنَ اللَّازِمِ فِي مُدَّةِ أَرْبَعِينَ يَومًا.
P
وَمَا السًّورَةُ فِي القُرْآنِ الكَرِيمِ الَّتِي تَتَكَلَّمُ عَنْ فَرِيضَةِ الحَجِّ؟
L
بِطَبِيعَةِ الحَالِ، سُورَةُ الحَجِّ.
P
فَمَا يَنْبَغِي أَنْ نَقُولَ لأَصْدِقَائِنَا؟
L
هَيَّا بِنَا أَنْ نَقْرَأَ سُورَةَ الحَجِّ وَنَتَدَبَّرَهَا وَنَعْمَلُ بِهَا.
P
Bila jemaah haji Malaysia berangkat ke Mekah al-Mukarramah wahai Saudara Ahmad Mubaarak?
L
Bermula dari 1 Zulkaedah wahai Saudari Nuha.
P
Berapa lama di sana?
L
Biasanya dalam tempoh 40 hari.
P
Apakah surah dalam al-Quran yang membicarakan tentang fardu haji?
L
Sudah tentulah Surah al-Hajj.
P
Oleh itu, apa yang perlu kita katakan kepada rakan-rakan kita?
L
Marilah kita membaca Surah al-Hajj, bertadabbur dan beramal dengannya.
Pendidikan Abad Ke-21 Bahasa Arab 2019
Program ‘Kuasai Bahasa Arab bererti Kuasai Ilmu’
Tarikh
Hari
Masa
Tempat
29 Julai
Isnin
10.00 pagi hingga 4 petang
SMRA Ulu Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan
8 Ogos
Khamis
8 pagi hingga 4 petang
SMA Maahad Ehya Diniah Islamiah, Kampung Gajah, Perak
habis//











