LONDON – Maurizio Sarri akan meninggalkan Chelsea untuk menyertai Juventus namun ia tidak disenangi oleh bekas pemain bintang Serie A yang pernah bekerja bersama jurulatih warga Itali itu.
Pemain Napoli, Lorenzo Insigne tampil berani mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan Sarri yang pernah membimbing Gli Azzurri sejak 2015 hingga 2018 sebagai satu pengkhianatan.
Napoli dan Juventus adalah dua kelab yang sering berseteru dalam kempen Serie A.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Saya katakannya dan saya katakan sekali lagi, buat kami di Napoli ia satu pengkhianatan.
“Kini kami perlu fokus dengan diri sendiri dan cuba untuk menewaskan mereka (Juventus),” kata Insigne. – AGENSI











