PDRM tiada masalah bantu Thailand buru raja dadah - Utusan Malaysia

PDRM tiada masalah bantu Thailand buru raja dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membantu Thailand untuk mengesan dan menangkap seorang ahli politik dari selatan Thailand yang dipercayai raja dadah yang bertanggungjawab dalam cubaan menyeludup 459 kilogram dadah ‘ice’(crystal methamphetamine) pada 7 Julai lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Zulkifli Ali berkata, pihaknya telah berhubung dengan Polis Narkotik Wilayah Selatan Thailand berkenaan perkara itu, hari ini.

“Mereka memaklumkan bahawa suspek yang merupakan ahli Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Narathiwat berusia 58 tahun itu mungkin telah melarikan diri ke negara ini secara haram.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi mereka meminta bantuan kita untuk mengesan serta menahan suspek yang dikatakan dalang dalam membiayai kegiatan haram tersebut dan kita tiada masalah untuk membantu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Bernama melaporkan Thailand meminta bantuan PDRM bagi mengesan dan menangkap ahli politik terbabit hari ini.

Ketua Polis Narkotik Wilayah Selatan, Mejar General Kitti Sapaothong berkata, waran tangkap telah dikeluarkan untuk ahli politik itu pada 12 Julai selepas polis menahan empat lelaki di Bangkok dan Songkhla yang mendedahkan bahawa mereka dibayar untuk menghantar dadah berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini