5 entiti SPRM kurang dapat perhatian akan diaktifkan semula - Utusan Malaysia

5 entiti SPRM kurang dapat perhatian akan diaktifkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 16 Julai – Lima entiti luar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kini kurang mendapat perhatian akan diaktifkan kembali selaras dengan fungsi semak dan imbang suruhanjaya itu dengan sepenuhnya.

Lima entiti berprofil tinggi ini ialah Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Jawatankuasa Aduan (JA), Panel Penilaian Operasi (PPO) dan Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR).

Sesetengah daripada entiti ini ketika ini ‘dormant’ (tidak aktif) sementara menunggu pelantikan anggota baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata beliau akan berbincang dengan pihak-pihak relevan bagi mengaktifkan kembali entiti itu kerana beliau sendiri tidak punya kuasa untuk melantik anggota.

“Ada yang dalam proses penamaan ahli (sekarang)*.tetapi (pelantikan) di luar (kuasa) saya,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katnya, kuasa pelantikan sesetengahnya di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri dan sesetengah yang lain memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Anggota entiti ini dipilih dalam kalangan individu terbilang dan disegani.

Latheefa mengakui pentingnya entiti ini demi menjamin SPRM dapat melaksakana tugas dengan berkesan, bebas dan profesional. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini