Harap Zahid tidak pecah belahkan UMNO - Utusan Malaysia

Harap Zahid tidak pecah belahkan UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Keputusan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk ‘kembali’ menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO diharap tidak memecah belahkan parti.

Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lebih-lebih lagi keadaan parti ketika ini bertambah baik berbanding selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Dari segi perlembagaan parti memang Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid berhak untuk kembali memimpin. Keputusan juga telah dibuat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penting untuk parti melihat kepada kesatuan dan kedudukan parti itu sendiri. Jangan perkembangan terkini membuka ruang yang lain untuk kita bertelegah sesama kita,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Tambah Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong, harapannya terhadap UMNO adalah untuk melihat parti tersebut terus kukuh dan kuat, walaupun dengan kembalinya Ahmad Zahid.

“Saya mahu melihat parti kukuh, kita sekarang berada dalam kedudukan yang baik berbanding tahun lalu,” katanya.

Semalam, Ahmad Zahid mengumumkan menamatkan cutinya daripada tugas Presiden sejak 18 Disember tahun lalu dan kembali menjalankan tugas Presiden UMNO. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini