Buruan polis antara ditahan dalam serbuan - Utusan Malaysia

Buruan polis antara ditahan dalam serbuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang dikehendaki polis antara enam yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen di Jalan USJ 21/6, Subang Jaya, tengah malam tadi.

Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintenden Azmi Syukor berkata, serbuan dijalankan kira-kira pukul 12.10 tengah malam hasil risikan dan maklumat awam yang mendapati premis itu beroperasi tanpa lesen.

Menurutnya, dalam serbuan itu, pihaknya merampas 52 botol minuman keras, tiga keping bil tunai, pelbagai peralatan audio dan wang tunai berjumlah RM119.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan mendapati premis itu beroperasi tanpa lesen dan semua tangkapan bersama barang rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk siasatan lanjut.

“Semua individu yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 39B Peraturan Imigresen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1953/1969,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut turut disiasat mengikut Seksyen 3 Enakmen Hiburan Terbuka 1997. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini