Tuanku Muhriz rasmikan persidangan ‘Federalisme di Malaysia’ - Utusan Malaysia

Tuanku Muhriz rasmikan persidangan ‘Federalisme di Malaysia’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berangkat merasmikan persidangan Federalisme di Malaysia: Mentakrif Semula Hubungan Persekutuan dan Negeri di Malaysia di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dekat Nilai di sini.

Baginda diiringi oleh Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud yang juga Canselor USIM.

Hadir sama, Pro-Canselor USIM, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat.

Tuanku Muhriz yang merupakan Penaung Diraja persidangan itu turut berkenan menyampaikan Ucaputama Diraja.

Persidangan itu tertumpu kepada federalisme bagi menggalakkan pemahaman dan wacana yang lebih meluas untuk membolehkan generasi Malaysia kini menghargai visi para Bapa Pengasas negara serta kaitan federalisme dalam keadaan dan suasana masa kini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini