Maritim Malaysia rampas rokok seludup bernilai RM300,000 - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia rampas rokok seludup bernilai RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) negeri merampas 2,000 karton rokok seludup bernilai RM300,000 dalam satu serbuan di perairan Kuala Rompin, Rompin dekat sini Jumaat lepas.

Timbalan Pengarah Maritim Malaysia Negeri Pahang (Operasi), Kepten Maritim V. Pannir Selvan berkata, serbuan kira-kira pukul 11.30 malam di tepi Pantai Batu 7 Kuala Rompin itu dilakukan hasil maklumat risikan.

“Anggota mendapati sebuah bot fiber dan lori dalam keadaan bergelap serta mencurigakan di kawasan itu. Setelah anggota memperkenalkan diri, penyeludup yang menaiki bot fiber tersebut memecut dan kami cuba mengejarnya namun dapat melepaskan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Anggota Maritim Malaysia berpatah semula ke lokasi pemunggahan dan mendapati lori yang kelihatan sebelum itu juga sudah tiada,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Maritim Malaysia Pahang di sini hari ini.

Menurut Pannir Selvan, pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar menjumpai 2,000 karton rokok berjenama Force 10 dan Double 7 dipercayai diturunkan oleh penyeludup disyaki rokok tidak bercukai.

“Kita percaya rokok yang cuba diseludup ini untuk pasaran di negeri-negeri Pantai Timur dan Selatan.

“Kesemua rokok dianggarkan bernilai hampir RM300,000 termasuk cukai dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang untuk tindakan selanjutnya di bawah Akta Kastam 1967,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini