Terserah pemandu e-hailing ikut peraturan kerajaan - Anthony - Utusan Malaysia

Terserah pemandu e-hailing ikut peraturan kerajaan – Anthony

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Terserahkan kepada pemandu pemandu e-hailing sama ada mereka ingin mematuhi peraturan kerajaan termasuk untuk menduduki ujian lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, kerajaan tidak boleh memaksa mereka yang didakwa enggan menjadi pemandu e-hailing kerana perlu melalui beberapa proses undang-undang.

“Mereka kena faham dalam sebuah negara yang ada undang-undang, kita ada kerangka peraturan dan apa kerajaan lakukan hari ini adalah cuba untuk membenarkan industri (e-hailing) ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau tidak sanggup ikut proses ini, apa yang saya boleh buat,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Khas Lesen PSV kepada pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan segelintir pemandu e-hailing yang didakwa tidak mahu meneruskan kerjaya masing-masing ekoran keputusan kerajaan mengenakan lesen PSV dalam bulan ini.

Tindakan itu didakwa akan menyebabkan industri e-hailing kekurangan antara 20 hingga 50 peratus pemandu sekali gus bakal meningkatkan harga dan permintaan.

Pada masa sama, Siew Fook berkata, mereka perlu mencontohi semangat pemandu e-hailing OKU yang turut melalui proses sama sebelum dibenarkan menerima lesen PSV.

“Macam anda lihat hari ini, walaupun menghadapi pelbagai rintangan, pemandu OKU sanggup datang menduduki ujian kerana mereka ada keinginan dan semangat.

“Jadi apa yang menghalang mereka (pemandu biasa) daripada menjalani proses sama, kita tidak paksa jika mereka kata sebab proses ini enggan lagi jadi pemandu e-hailing,” katanya.

Dalam masa sama, Siew Fook memaklumkan, 251 calon daripada 367 OKU telah dikenal pasti layak menduduk ujian bertulis PSV hari ini dan keputusan sama ada mereka lulus atau lulus akan diketahui selepas tempoh lima hari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini