Liverpool tidak rugi beli Van den Berg - Utusan Malaysia

Liverpool tidak rugi beli Van den Berg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Liverpool tidak akan mengalami sebarang kerugian dengan menandatangani pertahanan muda Belanda, Sepp van den Berg, kata bekas pengurus pemain remaja itu, Jaap Stam.

Van den Berg menyertai Liverpool daripada PEC Zwolle dengan nilai 1.5 juta euro (RM7.04 juta) dan dengan nilai tambah mencecah 3.5 juta euro (RM16.42 juta).

Pemain beruisa 17 tahun itu beraksi sebanyak 22 kali dalam saingan elit Belanda dan dikatakan menarik minat kelab utama dunia termasuk Bayern Munich, Ajax dan PSV.

Memuatkan artikel berkaitan…

Stam yang menguruskan Van den Berg pada separuh musim 2018-19 ketika bersama Zwolle, menegaskan bahawa Liverpool mendapatkan pemain yang berpotensi besar.

“Sepp sangat berbakat, kami selalu bercakap mengenainya di PEC Zwolle.

“Kami tahu cara dunia bekerja, pemain akan berhijrah apabila tiba waktunya.

“Kita semua tahu bahawa pasukan pemantau Inggeris dan Sepanyol ada di seluruh dunia. Kelab-kelab ini sedia untuk membuat pelaburan jangka panjang.

“Jika berhasil, mereka akan meraih untuk tetapi jika tidak berjaya, mereka boleh menjual pemain itu dengan harga lebih tinggi. Saya harap Sepp akan berjaya di Liverpool,” kata Stam.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini