Apakah yang anda lakukan sekiranya anda, ahli keluarga atau rakan-rakan berhadapan dengan musibah seperti kemalangan, kebakaran atau banjir? Terdapat juga kajian psikologi yang cuba melihat sejauh mana semua bencana ini memberikan kesan psikologi kepada mangsa mahu pun petugas-petugas penyelamat yang terlibat. Antara satu kesan yang selalu dilaporkan ialah gangguan tekanan selepas trauma atau post-traumatic stress disorder (PTSD). Ada antara mereka yang terlibat mungkin mengalami tekanan, gangguan tidur, trauma atau memencilkan diri daripada masyarakat. Bagaimana mereka yang berhadapan dengan masalah PTSD hendak meneruskan kehidupan?
Berikut antara panduan yang boleh anda lakukan sekiranya berhadapan dengan PTSD:
1) Berjumpalah dengan pakar perubatan/psikatri/ kaunselor untuk berbincang tentang gejala PTSD yang mungkin anda hadapi.
2)Lakukan rawatan dan ikut tunjuk ajar pakar perubatan/ psikatri/ kaunselor anda.
3)Terimalah sokongan daripada orang lain.
4) Jaga kesihatan anda seperti melakukan senaman dan mengambil makanan sihat.
5) Jangan minum arak dan mengambil dadah untuk mengelakkan PTSD menjadi lebih kronik.
6)Jika anda mula mengalami tanda-tanda awal PTSD, ceritakan dan luahkan perasaan anda dengan keluarga atau rakan-rakan. Jika anda memendam perasaan atau masalah, anda mungkin cepat berputus asa. Sekiranya masalah yang anda semakin serius, hubungi pakar perubatan pekerjaan anda.
-Mingguan Malaysia-











