Nana hanya kawan – Shuib - Utusan Malaysia

Nana hanya kawan – Shuib

SHUIB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak dan usahawan popular, Shuib me­ngakui mengenali penyanyi, Siti Nordiana namun hubungan itu sekadar sebagai rakan industri dan tidak lebih dari itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Shuib berkata, khabar angin kononnya dia sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan penyanyi itu merupakan berita paling mengejutkan selepas dia mengakui sedang mengenali seseorang.

“Itu saya paling terkejut sa­ngat. Saya pernah jumpa dia di beberapa majlis hiburan tetapi itu sahajalah. Nombor telefon dia pun saya tidak ada.

“Malah, ada yang cakap saya sedang mengenali adik Heliza Helmi, Hazwani Helmi. Itu pun tidak benar. Saya tak pernah jumpa dia pun,” katanya di sini semalam.

Shuib mengulas dakwaan warganet yang mula mengaitkan dia dengan dua nama sele­briti itu selepas dia menyatakan hasrat untuk berkahwin semula selepas kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Ogos tahun lalu.

Sementara itu, berhubung kesediaan selebriti sensasi, Datuk Seri Vida untuk berjodoh dengannya, Shuib berkata, dia menghormati usahawan itu namun biarlah hubungan mereka hanya sebagai kawan sahaja.

“Saya memang menghormati Vida sebagai seorang usahawan berjaya. Malah saya dan Allahyarham Siti Sarah pernah bekerjasama dengannya. Tetapi kami sekadar kawan, dalam dunia perniagaan.

“Saya doakan dia agar bertemu jodoh sebenar. Dia sa­ngat baik dan wanita hebat. Dia layak mendapatkan kebahagiaan,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib juga meminta agar warganet berhenti mengaitkan namanya dengan mana-mana artis dan menyerahkan soal jodoh sebulatnya kepada Tuhan.

“Mungkin orang ambil tahu. Lebih-lebih lagi selepas Sarah pergi meninggalkan kita. Saya tak boleh halang orang bercakap tetapi, jangan berlebihan cakap soal masa depan.

“Pasal jodoh pertemuan ini, kita serah pada Tuhan. Saya rasa dah macam lego pula, di­suai padan dengan sesiapa,” selorohnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×