Bukti rakyat Sarawak mahu kestabilan - Abang Johari - Utusan Malaysia

Bukti rakyat Sarawak mahu kestabilan – Abang Johari

ABANG JOHARI TUN OPENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak membuktikan rakyat mahukan kestabilan politik di negeri itu.

Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dengan kestabilan politik, GPS dapat meneruskan agenda pembangunan di Sarawak dengan lancar tanpa sebarang pertelingkahan antara mana-mana pihak.

“Rakyat memberi isyarat bahawa kestabilan politik adalah penting bagi kita meneruskan usaha pembangunan di Bumi Kenyalang yang bertuah ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mandat ini juga memberi kuasa kepada GPS untuk meneruskan pembangunan ekonomi yang mampan dan dasar sosial yang mengutamakan rakyat,” katanya ketika meraikan kemenangan di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) di Kuching, malam kelmarin.

Pada masa sama, Abang Johari menganggap kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Sarawak terus yakin dengan kepimpinan GPS dan menolak parti dari Semenanjung.

“Rakyat telah memberikan mandat kepada kita, menerusi Sarawak diutamakan atau Sarawak first. Ini bermakna, Sarawak mahu terus dijaga oleh orang Sarawak.

“Dasar-dasar kita diterima rakyat. Mereka memberikan sokongan dan berkehendakkan kerajaan yang kuat dan dapat meneruskan usaha kita mempertahankan hak kita di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diluluskan baru-baru ini,” katanya.

Justeru, beliau memberi jaminan kepada rakyat Sarawak bahawa segala janji manifesto akan ditunaikan.

“Terima kasih kepada rakyat Sarawak yang memberi keyakinan kepada GPS untuk memerintah negeri Sarawak ke arah lebih cemerlang.

“Mari kita teruskan usaha dan menjalankan tanggungjawab dan janji kita dalam manifesto. Insya-Allah, kita akan membangun sebagai negeri yang maju dan berpendapatan negeri pada 2030,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN