DAP tolak empat ADUN lompat - Utusan Malaysia

DAP tolak empat ADUN lompat

(DARI kiri) Nor Azman Hassan, Norhizam Hassan Baktee, Idris Haron dan Noor Effandi Ahmad dalam sidang akhbar menarik sokongan terhadap kepemimpinan kerajaan negeri Melaka, baru-baru ini. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP hmembantah keputusan PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mahu  meneruskan lamaran terhadap Datuk Seri Idris Haron dan ‘kumpulannya’ untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat  Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menolak keempat-empat ADUN yang menarik sokongan sebelum ini.

Katanya, keputusan itu juga dibuat susulan kenyataan Presiden PKR,  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang  masih mempertimbangkan untuk mencalonkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kumpulan Idris pada PRN Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“DAP berharap akan ada kebijaksanaan dalam PH dan menggesa sekutu kami untuk memilih mereka yang ikhlas terhadap aspirasi PH dan bukannya mereka yang bermotifkan oportunisme politik semata-mata.

“PH tidak boleh mengulangi kesilapan yang sama dengan kehilangan nilai moral yang tinggi untuk membenarkan dua daripada empat ADUN berkenaan bertanding sebagai calon PH pada PRN Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LIM GUAN ENG

Selain Guan Eng, Naib Presiden PKR,  Rafizi Ramli meminta Anwar tidak mengambil jalan singkat dengan memilih wakil rakyat yang melompat parti sebagai calon PRN Melaka.

Ini setelah Pakatan Harapan (PH) dilihat seolah-olah mengalu-alukan kehadiran Idris iaitu ADUN Sungai Udang, ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×