KUALA LUMPUR : Selepas penganjuran JOOX SuperRoom Challenge 1.0 yang mendapat sambutan ramai sebelum ini, aplikasi penstriman muzik Joox kembali dengan peraduan JOOX SuperRoom Challenge 2.0.
Dengan rekaan baharu yang telah dikemaskini dan direka untuk menjadi lebih mesra pengguna, ia diyakini dapat memberikan pengalaman lebih menarik kepada hos JOOX room.
Menariknya JOOX SuperRoom Challenge 2.0 ini, hos berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang lebih lumayan, menggunakan sistem ranking untuk mencari lima pemenang top 5 setiap hari.
Lima pemenang harian akan menerima wang tunai di mana tempat pertama akan membawa pulang wang berjumlah RM600, kedua sebanyak RM500, ketiga RM400 manakala tempat keempat dan kelima masing-masing ialah RM300 dan RM200.
Menurut Joox dalam satu kenyataan rasmi, setiap hos perlu mencapai jumlah sekurang-kurangnya 100 pengunjung sepanjang cabaran JOOX SuperRoom 2.0 berlangsung.
Bagaimanapun, JOOX menetapkan syarat bahawa semua peserta perlu menggunakan platform JOOX Rooms di aplikasinya selain perlu mengemudi sesi secara langsung selama sekurang-kurangnya satu jam.
“Ini adalah satu daripada peluang untuk pengguna untuk menyerlahkan kreativiti disamping menjana pendapatan bersama JOOX kerana kami ingin membantu pengguna untuk menjana pendapatan dan membantu masyarakat di luar sana selain bersaing dengan sihat.
“Kami membuka ruang ini kepada semua individu termasuk peniaga atas talian, golongan selebriti dan pempengaruh media sosial.
“Pertandingan ini sudah pun bermula sejak 7 Oktober lalu dan bakal berakhir pada 20 Oktober ini,” katanya.
Terdahulu, menerusi cabaran JOOX Superoom 1.0, hampir 80 peserta telah mendaftar dan mereka terdiri daripada orang awam, selebriti, badan-badan NGO dan pempengaruh media sosial.
Daripada jumlah tersebut, seramai 35 peserta telah diumumkan sebagai pemenang.
Untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan turut disiarkan laman Facebook rasmi JOOX MY.









