Solok lada adalah salah satu lauk yang jadi kegemaran orang Pantai Timur. Ia dikenali juga dengan nama lada sumbat kerana bahan utamanya iaitu lada atau cili yang disumbat dengan campuran bahan-bahan lain seperti isi ikan dan kelapa.
Memang sedap solok lada ini. Teringin hendak buat sendiri solok lada? Apa kata cuba resipi yang dikongsikan Siti Noor Hidayah Samah ini. Solok lada yang cukup rasa isi ikan dan cukup lemaknya enak dimakan begitu sahaja mahupun bersama nasi kerabu atau nasi biasa.
Resipi solok lada
Bahan-bahan:
7 biji lada atau cili saiz besar – belah dan buang bijinya
1 kg ikan selayang
½ biji kelapa – ambil kelapa muda
5 biji bawang merah – dikisar
Secubit halba
1 cawan santan pekat
Secubit garam
Cara-cara penyediaan:
1-Siang ikan selayang. Buang kulit ikan dan hanya ambil isinya sahaja. Cincang ikan menggunakan pencincang atau chopper blender sehingga hancur.
2-Ambil isi kelapa dan cincang gunakan chopper blender.
3-Setelah siap ikan dan kelapa dicincang hancur itu masukkan keduanya ke dalam bekas.
4-Masukkan bawang kisar dan garam. Gaul sebati bahan-bahan ini menjadi isi solok.
5-Ambil lada atau cili yang telah dibelah dua tadi. Sumbatkan bahan-bahan isi solok tadi ke dalam lada. Buat sampai semua lada habis diisi.
6-Ambil periuk. Kemudian ambil solok lada yang telah siap dibuat tadi. Susun dengan elok dalam periuk tersebut.
7-Curah santan ke atas solok lada yang telah siap disusun cantik dalam periuk.
8-Taburkan halba dan garam atas solok lada ini.
9-Buka api dapur. Gunakan api perlahan dan masak sehingga lada atau cili bertukar warna.
10-Setelah siap dimasak, bolehlah dimakan dengan nasi kerabu atau dimakan begitu sahaja.
Terima kasih: Siti Noor Hidayah Samah
Facebook: Siti Noor Hidayah Samah/ https://www.facebook.com/siti.cik.35
https://www.facebook.com/groups/1399614277028551/user/100030109533645/










